Penyelenggaraan Industri PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 22 June 2009 06:05


 Objektif

Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan industri bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri  sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau membuka perniagaan sendiri.



Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.



Kelayakan Masuk

Tahap 1 : Memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV.

Tahap 2 : Memiliki SKM Tahap 1.

Tahap 3 — memiliki SKM Tahap 2.




Syarat-syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur diantara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).



Prospek Kerjaya

1. Jurumesin.

2. Usahawan dalam bidang berkaitan.

3. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran.

Last Updated on Wednesday, 09 December 2009 07:02