Pemesinan Am PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 22 June 2009 05:00

Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang pemesinan am bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor industri pemesinan sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.


Persijilan
Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diambil.


Kelayakan Masuk
Tahap 1 — memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV.
Tahap 2 — memiliki
SKM Tahap 1.
Tahap 3 — memiliki
SKM Tahap 2.


Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia.
2. Belum berkhawin.
3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
4. Berumur diantara 18 - 30 tahun.
5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan najis dadah.
6. Belum pernah mengikuti latihan dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).


Prospek Kerjaya
1. Jurumesin.
2. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran.
3. Usahawan dalam bidang berkaitan.

 

 

Last Updated on Thursday, 15 July 2010 06:16