Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 19 June 2009 04:03

Objektif

Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang membaikpulih kenderaan perdagangan bagi memastikan lepasan kursus ini mendapat pekerjaan di sektor industri automotif sama ada sektor swasta, kerajaan mahu pun bekerja sendiri.



Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.



Tempoh Pembelajaran

Tahap 1 — 10 bulan

Tahap 2 — 8 bulan

Tahap 3 — 12 bulan



Kelayakan Masuk

SKM Tahap 1 — Memiliki SPM/SPMV.

SKM Tahap 2 — Memiliki SKM Tahap 1 dalam bidang berkaitan.

SKM Tahap 3 — Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan.



Syarat-syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur antara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kecuali tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).



Prospek Kerjaya

1. Juruteknik dalam bidang membaikpulih kenderaan perdagangan.

2. Usahawan dalam bidang berkaitan.

3. Tenaga pengajar di institusi kemahiran.

Last Updated on Wednesday, 09 December 2009 07:01